Rabu, 13 Julai 2011

PENGENALAN

Blog ini akan berfungsi menyebarkan maklumat mengenai aktiviti guru, sekolah, murid dan masyarakat Gugusan Felda Nitar yang merangkumi Felda Nitar 1, Felda Nitar 2, Felda Nitar Timur dan Tanah Abang. Di Gugusan Felda Nitar ini ada empat buah sekolah sekolah iaitu SMK Nitar, SK Nitar 1, SK Nitar 2 dan SK Tanah Abang. 
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa guru-guru di Nitar ini amat aktif dalam aktiviti persatuan guru, persatuan taman guru, persatuan belia dan pertubuhan lain yang ada di Felda Nitar ini. Ketika ini Persatuan Kuarters Guru KIP Nitar 1 dan Persatuan Gabungan Bilik Guru Gugusan Nitar amat aktif menjalankan aktivitinya. 
Blog ini juga akan mengutarakan cabaran-cabaran dan permasalahan yang berlaku di sini, nilai dan sikap masyarakat dan pelbagai lagi luahan atau permasalahan yang berlaku. Semua ini akan dijadikan pengajaran dan pengiktibaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan