Rabu, 18 Januari 2012

Pada 17 Januari 2012, jam 9.00 malam bertempat di Gelanggang Futsal Mersing Kanan, guru-guru Zon Nitar telah menyertai pertandingan Futsal 3 Penjuru melibatkan guru-guru Zon Nitar, SMK Seri Mersing dan SMK Mersing. Kejohanan ini diadakan bagi merapatkan silaturrahim antara guru-guru ini. Setelah bercuti panjang, pertemuan melalui kejohanan ini banyak faedah yang dilahirkan. Keputusan:
SMK Seri Mersing lwn SMK Seri Mersing         7-2
SMK Mersing lwn Zon Nitar                              2-4
Zon Nitar lwn SMK Seri Mersing                       5-5
Kejohanan ini dianjurkan oleh SMK Seri Mersing.

Rabu, 13 Julai 2011

PENGENALAN

Blog ini akan berfungsi menyebarkan maklumat mengenai aktiviti guru, sekolah, murid dan masyarakat Gugusan Felda Nitar yang merangkumi Felda Nitar 1, Felda Nitar 2, Felda Nitar Timur dan Tanah Abang. Di Gugusan Felda Nitar ini ada empat buah sekolah sekolah iaitu SMK Nitar, SK Nitar 1, SK Nitar 2 dan SK Tanah Abang. 
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa guru-guru di Nitar ini amat aktif dalam aktiviti persatuan guru, persatuan taman guru, persatuan belia dan pertubuhan lain yang ada di Felda Nitar ini. Ketika ini Persatuan Kuarters Guru KIP Nitar 1 dan Persatuan Gabungan Bilik Guru Gugusan Nitar amat aktif menjalankan aktivitinya. 
Blog ini juga akan mengutarakan cabaran-cabaran dan permasalahan yang berlaku di sini, nilai dan sikap masyarakat dan pelbagai lagi luahan atau permasalahan yang berlaku. Semua ini akan dijadikan pengajaran dan pengiktibaran.